Jun 30, 2022 - FASSatu mata diperoleh daripada perlawanan menentang Sabah FC untuk saingan Liga Super 2022 pada hari Selasa yang lalu di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Beberapa perkara penting dapat diambil daripada perlawanan ini biarpun aksi berakhir dengan keputusan 1-1:-
1. Debut penjaga gol kedua Selangor FC
Samuel Somerville telah membuat penampilan pertama dalam saingan Liga Super 2022 bersama pasukan Selangor FC. Beliau telah beraksi dengan baik sepanjang menentang pasukan Sabah FC yang dibarisi pemain-pemain berpengalaman dalam kancah bola sepak Malaysia.
Untuk pengetahuan semua, ini merupakan penampilan keduanya dalam kem Merah Kuning selepas beraksi penuh menentang Harini FT dalam saingan Piala FA Malaysia.
2. Caion terus menjaringkan gol di Stadium MBPJ
Setakat ini penyerang Selangor FC, Herlison Caion berjaya menambah bilangan jaringan gol beliau secara berturut-turut untuk perlawanan Home. Ini merupakan jaringan ketujuh beliau sepanjang beraksi di Stadium MBPJ dan yang kesepuluh secara keseluruhan dalam Liga Super musim ini.
3. Barisan serangan berusaha keras untuk menambah jaringan gol
Banyak percubaan dapat dilihat dalam perlawanan ini terutamanya dalam separuh masa pertama. Barisan tengah dan serangan berusaha keras dalam membuat percubaan-percubaan walaupun tidak dapat disudahi dengan jaringan gol.
Selangor FC berharap pasukan akan berusaha untuk bangun semula. Teruskan perjuangan Gergasi Merah!
Demi Kebanggaan!